TAJUK 8 – PENGURUSAN PELBAGAI BUDAYA
Pengenalan
Kepelbagaian
membawa maksud pelbagai jenis dan budaya pula ditakrifkan sebagai tamadun,
peradaban, kemajuan fikiran, akal budi, sifat budaya yang mengenai kebudayaan
yang sudah maju. Pelbagai budaya di sekolah boleh dibahagikan kepada pelbagai jenis
perbezaan seperti kebolehan, kesediaan dan motivasi pelajar. Selain itu,
terdapat juga kepelbagaian budaya daripada segi latar belakang, agama, dan
bangsa. Dari segi perbezaan budaya pembelajaran seperti kebolehan, kesediaan
dan motivasi pelajar, ianya memerlukan kaedah dan teknik pengajaran yang
berbeza di dalam kelas. Hal ini kerana, tahap kebolehan pelajar adalah tidak
sama dan mereka perlu dibimbing mengikut tahap kebolehan masing-masing dalam
menerima pelajaran. Terdapat dua pendekatan untuk menangani kepelbagaian antara
pelajar ini, iaitu pendekatan pelajar sebagai individu dan pendekatan
kurikulum.
Isi-isi penting
1. Pendekatan pelajar sebagai individu.
Pendekatan pelajar dari segi individu adalah dengan membezakan pelajar dari segi
ciri-ciri mereka seperti kecacatan, latar belakang sosial atau sifat-sifat
psikologi. Sekiranya pelajar dikenalpasti sebagai murid istimewa atau
berkeperluan khas, para pelajar perlu diasingkan kepada mereka yang istimewa
dan pelajar yang normal. Hal ini dilakukan bagi memastikan perancangan serta
peruntukan yang sesuai dapat disediakan dalam menangani perbezaan ini. Pendekatan
ini lebih kepada andaian bahawa kesukaran pendidikan terletak dalam diri
pelajar yang mana terdapat pelajar yang mempunyai ciri yang berbeza daripada
normal. Oleh itu, tumpuan perlu diberikan kepada pelajar-pelajar ini supaya
mereka diasingkan mengikut tahap kebolehan masing-masing kerana ianya lebih
mudah untuk mengajar sekumpulan murid yang mempunyai tahap kebolehan atau
kepayahan yang sama.
2. Pendekatan dari segi kurikulum.
Seterusnya adalah pendekatan kurikulum. Pendekatan ini bertujuan
untuk memahami masalah atau kesukaran yang dialami oleh pelajar dalam proses
pembelajaran dan persekolahan. Dengan adanya pendekatan kurikulum yang berbeza,
pelajar bukan sahaja dapat dibahagikan kepada kelas yang berbeza, malah mereka
juga dapat dibahagiakn kepada sekolah yang berbeza mengikut kebolehan mereka. Contohnya,
mewujudkan kelas atau sekolah yang khas untuk pelajar-pelajar istimewa dan
berkeperluan khas. Kurikulum atau sukatan pelajaran yang digunakan untuk
pelajar-pelajar isitimewa ini juga adalah berbeza daripada pelajar yang normal.
Pendekatan kurikulum juga membantu guru untuk lebih mahir dalam menterjemahkan
situasi dan keadaan di dalam bilik darjah. Pendekatan ini membantu guru
mengenalpasti kelemahan dan kelebihan pelajar serta membolehkan guru melakukan
penambahbaikan yang bersesuaian dengan situasi pelajar.
3. Kebaikan pendekatan yang diamalkan.
Terdapat
pelbagai kebaikan daripada pendekatan untuk menangani kepelbagaian budaya
di sekolah ini. Antaranya adalah untuk menggalakkan membolehkan pelajar yang
datang daripada latar belakang dan kebolehan yang berbeza mendapatkan
pelajaran. Pelajar yang bijak, sederhana dan pelajar yang mempunyai kekurangan
fizikal semuanya dapat bersekolah dan membuktikan tahap kefahaman, pengetahuan
dan kebolehan diri mereka. Tindakan ini juga membolehkan guru-guru untuk
memberi tugas kepada pelajar mengikut kesesuaian dan relevan dengan kebolehan
mereka. Terdapat banyak lagi komponen yang boleh diubahsuai oleh guru mengikut
keperluan pelajar dan kurikulum seperti isi kandungan pembelajaran, minat
pelajar, kadar belajar, tahap pembelajaran, akses seperti aktiviti yang diubah
mengikut kesesuaian pelajar, mengajar topik-topik yang sesuai dan mudah
diterima oleh pelajar dahulu dan cara mengajar yang berbeza mengikut tahap
murid.
Kesimpulan
Kesimpulannya,
kepelbagaian budaya di sekolah telah mewujudkan kepelbagaian situasi di dan
keadaan di dalam bilik darjah. Kepelbagaian yang timbul dari segi pembelajaran memerlukan
usaha daripada guru untuk membentuk pelajar mengikut kemampuan mereka. Setiap
murid mempunyai tahap dan kebolehan yang berbeza-beza. Jika kepelbagaian ini
dapat diuruskan dengan baik, setiap murid dapat menerima pelajaran dengan
selesa dan efektif. Hal ini seterusnya akan membawa kejayaan guru mencapai
matlamat pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.
Rujukan
Nota kuliah KPS3014.
https://sosiopembelajaran.blogspot.com/2019/04/topik-11-pengurusan-pelbagai-budaya.html
https://mranuary.wordpress.com/topik-11-pengurusan-pelbagai-budaya/
No comments:
Post a Comment