TAJUK 7: PENGURUSAN PENASIHATAN MURID
Pendahuluan
Menurut
Arbuckle (1965) kaunseling bukan bertujuan menolong seseorang individu untuk
menyesuaikan diri dalam alam sosial, tetapi bertujuan untuk membantu individu
memahami kelebihan, kelemahan dan potensi diri. Terdapat empat komponen utama
iaitu kaunseling, bimbingan, penasihatan dan mentoring. Kaunseling adalah berfokuskan
kepada masalah yang mana berbentuk arahan dan suruhan. Ciri-ciri mentoring
adalah proses pembelajaran aktif mentor dan mentee. Penasihatan pula
memfokuskan kepada masalah individu dan seterusnya proses memberi nasihat. Ciri-ciri
bimbingan adalah memiliki tujuan ideal dan realitis dalam pelaksanaannya.
Isi-isi penting
1. Menyelesaikan konflik yang berlaku pada murid
Kepentingan bimbingan dan kaunseling
adalah bagi menyelesaikan konflik
yang berlaku pada murid. Proses ini dapat membantu murid untuk mengurangkan
beban emosi murid dan membantu mengurangkan rasa stress dalam diri murid. Selain
itu, proses bimbingan dan kaunseling juga dapat meningkatkan kemahiran murid dalam membuat sesuatu keputusan. Sesi
kaunseling atau penasihatan ini akan memberi murid keyakinan dalam membuat
keputusan mereka sendiri dengan berpandukan kepada nasihat yang diberikan dan
tidak perlu bergantung kepada keputusan orang lain. Seterusnya, melalui sesi
bimbingan dan kaunseling ini, kaunselor
juga dapat meningkatkan kemahiran mereka dalam megaplikasikan ilmu
kaunseling kepada murid. Hal ini kerana, semakin banyak asalah yang telah
diuruskan semakin banyak pengalaman yang akan kaunselor perolehi. Jadi ini
secara tidak langsung akan mengasah lagi kemahiran mereka pada masa akan datang.
Situasi ini turut memberi manfaat kepada kedua-dua pihak iaitu murid dapat
memperoleh nasihat yang berguna dan kaunselor pula dapat meningkatkan kemahiran
kaunseling mereka.
2. Prinsip-prinsip
dalam bimbingan dan kaunseling.
Seterusnya,
prinsip-prinsip yang dititikberatkan di
dalam bimbingan dan kaunseling terdiri daripada peluang, mengikut etika,
tiada paksaan, merancang tindakan susulan dan kaunselor yang bertauliah. Setiap murid yang mempunyai masalah diberi
peluang menerima nasihat tanpa mengira latar belakang mereka seperti kelas
sosial, agama dan bangsa. Sebesar apapun masalah murid itu, selagi ianya
berkaitan dengan pembelajaran dan disiplin, mereka dialu-alukan untuk
mendapatkan sesi bimbingan dan kaunseling. Prinsip yang seterusnya adalah mengikut etika yang telah ditetapkan
seperti prosedur dan tatacara bimbingan kaunseling. Guru kaunseling perlulah
menjaga data peribadi murid dengan merahsiakan segala maklumat murid dan
permasalahan yang diutarakan oleh murid tersebut. Hal ini juga akan menimbulkan
rasa percaya yang lebih tinggi murid terhadap sistem kaunseling di sekolah.
Sistem kaunseling di sekolah juga dijalankan
tanpa paksaan dan jika murid benar-benar dirasakan perlu untuk mendapatkan
bimbingan, guru boleh memujuk murid dengan cara yang baik. Setelah sesi
kaunseling dijalankan, kaunselor perlulah merancang
tindakan susulan supaya masalah yang berlaku dapat tidak timbul semula. Guru
ataupun individu yang menjadi kaunselour perlulah bertauliah agar dapat
membimbing pelajar dengan baik.
3. Konsep
paling berkesan dalam bimbingan dan kaunseling
Akhir
sekali, konsep yang paling berkesan dalam melaksanakan proses bimbingan dan
kaunseling ini adalah gabungan antara bimbingan dan kaunseling. Gabungan ini
akan mewujudkan interaksi dua hala antara kaunselor dan pelajar di dalam suasana
yang muhibah. Hal ini kerana, kaunseling adalah proses memberi arahan dan
suruhan yang berfokuskan kepada masalah individu tersebut untuk menyelesaikan
masalah yang dialami dan disatukan dengan bimbingan yang mana mempunyai
perancangan yang jelas dalam perlaksanaannya. Jadi dengan ini, guru dapat
menyelesaiakan masalah murid dengan baik dan teratur.
Kesimpulan
Kesimpulannya,
pihak sekolah memainkan peranan penting dalam penasihatan murid kerana proses
ini berjalan dengan lebih formal dan teratur di sekolah serta dibimbing oleh
guru-guru kaunseling yang pakar di dalam bidang ini. Bimbingan dan kaunseling
merupakan kaedah yang dapat membantu murid dalam menyelesaikan segala
permasalahan mereka tidak kira masalah disiplin mahupun masalah pembelajaran.
Proses bimbingan dan kaunseling perlulah menggunakan pendekatan yang berbeza
bergantung kepada situasi dan masalah murid agar solusi yang tepat dapat dicari
untuk menyelesaikan segala permasalahan dengan efektif.
Rujukan
Slide pembentangan kumpulan 6 (Pengurusan
penasihatan murid). https://docs.google.com/presentation/d/1C6jxTj5MFtfIuigcZcnnnN0fqUvwDe9n/edit?usp=sharing&ouid=107076675368896751420&rtpof=true&sd=true
https://www.slideshare.net/AzurahRazak/pengurusan-penasihatan-murid-18242709
No comments:
Post a Comment