TAJUK 3 – PENGURUSAN BILIK DARJAH
Pendahuluan
Menurut
Chek Mat (2007), pengurusan adalah proses perancangan, pengorganisasian dan
pengawalan yang dilaksanakan dengan cekap serta berkesan demi mencapai matlamat
sesebuah orgnisasi. Bilik darjah pula bermaksud sebuah ruang yang mengandungi
sekumpulan pelajar yang berada di bawah jagaan seorang guru (S. Mook Soon,
2011). Jadi pengurusan bilik darjah dapat di definisikan sebagai suatu proses
yang memerlukan guru mengurus ruang pembelajaran agar aktiviti pengajaran dan
pembelajaran dapat berjalan dengan lancar. Terdapat beberapa komponen
pengurusan bilik darjah.
Isi-isi penting
1.
Pentadbiran bilik darjah
Antaranya,
pentadbiran bilik darjah.
Pentadbiran di dalam bilik darjah adalah proses seseorang guru mengawal dan
mentadbir organisasi bilik darjah. Pentadbiran ini boleh dilaksanakan dengan
mengambil kira aspek carta organisasi, jawatan pelajar, jadual tugasan dan
kedudukan murid di dalam kelas. Bagi memastikan keadilan di dalam melantik
ahli-ahli untuk mengetuai organisasi di dalam kelas seperti jawatan ketua
kelas, penolong, bendahari dan ahli jawatankuasa, guru boleh melaksanakan
undian dan mengambil kira pendapat seluruh pelajar di dalam kelas. Carta
organisasi ini penting bagi melancarkan pengurusan murid di dalam bilik darjah.
2.
Susun atur bilik darjah
Seterusnya
adalah susun atur fizikal bilik darjah.
Susun atur di dalam bilik darjah juga adalah penting supaya murid dan guru
dapat sama-sama belajar dan mengajar dalam keadaan yang selesa. Susun atur meja
dan kerusi pelajar mestilah tidak menghalang pandangan pelajar supaya murid
tidak mengalami kesukaran untuk melihat guru dan papan tulis. Penyusunan meja
Abad ke-21 seperti yang disarankan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia adalah
efektif kerana para pelajar disusun secara berkumpulan. Susunan ini
menggalakkan dan memudahkan aktviti perbincangan di dalam kelas.
3.
Sudut pembelajaran
Akhir
sekali, sudut pembelajaran merupakan
komponen dalam pengurusan bilik darjah. Sebuah sudut pembelajaran yang
menyediakan maklumat-maklumat ringkas dan boleh memberi info secara pantas
kepada pelajar wajar diwujudkan. Sudut pembelajaran ini perlulah merangkumi
setiap subjek yang dipelajari oleh murid supaya dapat membantu murid dalam
membuat ringkasan topic matapelajaran yang mereka belajar. Sudut pembelajaran
selalunya berada di belakang kelas. Kemudahan seperti papan maklumat dan meja
atau rak tambahan boleh disediakan untuk melengkapkan sudut pembelajaran ini.
Kesimpulan
Kesimpulannya,
pengurusan bilik darjah adalah melibatkan pengurusan pentadbiran bilik darjah,
susun atur fizikal di dalam kelas dan sudut pembelajaran. Segala proses
perancangan dan pengorganisasian di dalam pengurusan bilik darjah perlulah
dilakukan dengan sebaik mungkin dan mengambil kira pelbagai faktor yang boleh
membawa kepada keberkesanan pengurusan ini.
Rujukan
Slide pembentangan kumpulan 4
(Pengurusan bilik darjah). https://drive.google.com/file/d/1JiwCjkcJvH4RqUrsih0ixZs4xIpbscy/view?usp=sharing
https://naadcoff1317.blogspot.com/2021/01/tajuk-6-pengurusan-bilik-darjah.html
https://www.slideshare.net/Asyikin4996/bab-6-pengurusan-bilik-darjah
No comments:
Post a Comment