TAJUK 2 – PENGURUSAN MURID
Pendahuluan
Pengurusan
adalah suatu proses sosial untuk mendapatkan kerjasama, penyertaan dan
penglibatan ahli-ahli sesebuah organisasi untuk mencapai matlamat atau objektif
yang paling berkesan. Proses ini melibatkan perancangan, penyusunan, pengarahan
dan pengawalan usaha ahli-ahli organisasi dengan menggunakan semua sumber yang
ada bagi mencapai matlamat organisasi. Maka, pengurusan murid merupakan
proses-proses yang berkaitan dengan perancangan kerja, pengelolaan, penilaian
prestasi murid dan perancangan program yang sesuai untuk murid serta kaedah
yang berkesan dalam melaksanakan pengurusan murid.
Isi-isi penting
1.
Mengurus rekod murid
Komponen
pengurusan murid terbahagi kepada tiga iaitu mengurus rekod murid, kesediaan
murid untuk belajar dan memotivasikan murid. Mengurus rekod murid adalah proses dimana pihak sekolah atau guru
mencatat segala rekod transformasi atau perkembangan murid. Segala penilaian
akan perubahan turun naik prestasi, produktiviti dan pencapaian murid
direkodkan untuk rujukan pada masa akan dating dan sebagai rekod kepada ibu
bapa. Dengan adanya rekod murid ini, guru juga dapat memberikan perhatian
kepada murid yang perlu perubahan dan seterusnya dapat meningkatkan lagi mutu
proses pengajaran dan pembelajaran. Contoh aplikasi yang digunakan untuk rekod
murid adalah Aplikasi Pangkalam Data (APDM) dan Sistem Maklumat Murid
Berkomputer (SMM).
2.
Kesediaan murid untuk belajar
Seterusnya,
terdapat juga komponen kesediaan murid
untuk belajar. Bagi menjayakan pengurusan murid, guru-guru haruslah
memastikan bahawa murid telah bersedia untuk belajar di dalam kelas. Guru perlu
mendedahkan kepada murid kandungan pembelajaran ataupun tajuk-tajuk yang akan
dipelajari dalam sesebuah subjek sebelum memulakan kelas supaya murid mendapat
gambaran terlebih dahulu tentang perjalanan pembelajaran mereka. Guru juga
perlu meguruskan bahan pembelajaran seperi nota-nota yang berkaitan dengan
tajuk yang bakal diajar dan memberikan kepada pelajar lebih awal supaya pelajar
dapat membuat ulangkaji terlebih dahulu.
3.
Memotivasikan pelajar
Akhir
sekali adalah memotivasikan pelajar.
Pihak sekolah perlulah menitikberatkan soal emosi dan mental pelajar supaya
pelajar dapat mengikuti kelas dan belajar dalam keadaan yang gembira dan tidak
mengalami stress yang melampau. Selain guru kelas itu sendiri, Unit bimbingan
dan kaunseling memainkan peranan yang penting dalam menjaga kesihatan rohani
dan mental pelajar. Dengan adanya usaha untuk menangani sebarang masalah
mental, emosi dan akademik pelajar ini, sudah tentu dapat meningkatkan lagi
motivasi pelajar untuk fokus dengan pembelajaran.
Kesimpulan
Kesimpulannya,
pengurusan murid yang melibatkan pengurudan rekod murid, mengetahui tahap
kesediaan murid dan motivasi perlulah dilaksanakan dengan baik agar hasil yang
diperoleh oleh pihak sekolah dan murid itu sendiri sentiasa terbaik dan
optimum. Pengurusan murid yang baik juga dapat meningkatkan lagi prestasi
pembelajaran murid dan pengajaran guru yang seterusnya membawa kepada kejayaan
mencapai matlamat yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah dan juga Kementerian
Pendidikan Malaysia.
Rujukan
Slaid
pembentangan kumpulan 4 (Pengurusan murid): https://drive.google.com/file/d/1UG-gynCWywQWcIGuUCIdvwop1omowfsd/view?usp=sharing
https://safiqahkahar98.blogspot.com/2019/04/topik-5-pengurusan-murid.html
No comments:
Post a Comment