TAJUK 11 – PENGURUSAN ALAM PEMBELAJARAN
Pendahuluan
Pengurusan
merupakan suatu proses merancang, memimpin serta mengawal usaha-usaha ahli
organisasi untuk mencapai matlamat yang telah ditetapkan. Alam pembelajaran
pula bermaksud suatu keadaan atau suasana belajar yg dapat merangsang minat
belajar murid-murid dalam mencapai matlamat perubahan tingkah laku kearah yang
positif daripada tidak tahu apa-apa kepada mengetahuinya. Pengurusan
pembelajaran dapat dibincangkan dalam tiga komponen iaitu persediaan ke alam
sekolah, kajian di sekolah dan Rancangan Orientasi Sekolah (ROS).
Isi-isi penting
1. Persediaan ke alam perksekolahan
Persediaan ke alam persekolahan ini dibincangkan
lebih terarah kepada guru dimana guru perlu merancang pengajaran dan
pembelajaran di dalam kelas. Perancangan penting bagi memenuhi masa yang
diperuntukkan, mencapai objektif atau maltamat yang telah ditetapkan,
pengajaran berkesan ketika waktu pengajaran dan teknik mengajar menarik
perhatian pelajar untuk lebih fokus di dalam kelas. Terdapat dua objektif
pengajaran iaitu objektif implisit dan eksplisit. Objektif implisit melibatkan
tingkah laku yang ketara seperti memahami, mengetahui dan menghargai sesuatu
yang telah diajar oleh guru. Manakala, objektif eksplisit pula adalah perubahan
yang boleh dilihat seperti menyenaraikan, menjelaskan, memberikan contoh dan
menunjukkan cara yang betul terhadap apa yang diajar oleh guru. Bagi mencapai
segala objektif ini, guru perlu mempunyai buku rekod mengajar dan elemen-elemen
yang perlu diambil kira dalam merekabentuk pengajaran adalah objektif
pengajaran, strategi pengajaran yang sesuai, bahan bantu mengajar dan maklum
balas pelajar serta penilaian terhadap pelajar.
2. Persediaan
dan cara-cara mengurus alam pembelajaran.
Guru
perlu melakukan persediaan yang sebaiknya sebelum memulakan pengajaran supaya
proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas berjalan dengan lancar.
Antara persediaan yang perlu dilakukan oleh guru adalah bersedia daripada segi
ilmu pengajaran dan isi pelajaran yang hendak diajarkan, persediaan bahan
pengajaran seperti nota-nota dan buku rujukan, alat bantu mengajar di dalam
kelas, persediaan ruang pengajaran dan kemahiran dalam pengajaran. Cara-cara mengurus alam pembelajaran
adalah dengan memastikan bilik darjah dalam keadaan kondusif. Guru juga perlu bersedia dalam melaksanakan
PdP seperti mengatur masa dengan baik. Hal ini bagi memastikan guru dapat
menghabiskan pelajaran agar tidak mengganggu kelancaran topik-topik seterusnya.
Mewujudkan pembelajaran abad ke-21 akan memudahkan guru dan pelajar untuk
membuat perbincangan di dalam kelas. Akhir sekali, guru perlu bijak mewujudkan
suasana harmoni antara guru dan pelajar agar tidak berlaku salah faham dan
pelajar juga akan lebih berasa selesa untuk berkomunikasi dengan guru.
3. Kajian di sekolah dan Rancangan Orientasi sekolah
(ROS).
Komponen
kedua adalah kajian di sekolah.
Kajian di sekolah ini perlu dilakukan oleh para tenaga pengajar untuk meningkatkan
pengajaran dan pembelajaran yang selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan
(FPK). Kajian kes bertujuan untuk melatih lebih ramai pegawai termasuklah
jurulatih dan pendidik di Kementerian Pelajaran untuk mengeluarkan kajian kes
yang berkualiti. Komponen ketiga adalah Rancangan
Orientasi Sekolah (ROS). Rancangan ini mempunyai adalah untuk memberi
peluang kepada guru pelatih bagi memahami situasi di sekolah. Ianya memberi
pendedahan awal kepada guru pelatih tentang keadaan sebenar di sekolah dan situasi
sebenar apabila mereka masuk ke lam pekerjaan kelak. Jika di UPSI, rancangan
ini adalah seperti Program Perantis Guru (PPG) yang mana dilaksanakan pada
semester dua dan empat. Tempoh perlaksanaannya adalah selama seminggu bagi PPG
1 dan dua minggu bagi PPG 2. Bidang tumpuan bagi tugasan guru pelatih di
sekolah yang telah dipilih termasuk pengurusan sekolah, prasarana, kurikulum
atau program bimbingan dan kaunseling dan ko-kurikulum. Guru pelatih akan
dibimbing oleh guru pendamping serta pensyarah bimbingan sepanjang menjalankan
program ini.
Kesimpulan
Kesimpulannya,
pihak sekolah, pihak universiti dan para guru pelatih perlulah bekerjasama bagi
memastikan pengurusan alam pembelajaran dapat dilaksanakan dengan baik dan
teratur. Pengurusan alam pembelajaran ini penting bagi mendedahkan kepada bakal
guru akan situasi sebenar di sekolah dan cara untuk mereka mengaplikasikan
segala ilmu pendidikan yang telah dipelajari di dalam kelas. Pengurusan ini
juga tidak hanya tertumpu kepada bakal guru, malah para pendidik dan
pihak-pihak yang bertanggungjawab juga memainkan peranan penting dalam
pengurusan pembelajaran agar kualiti pengajaran dan pembelajaran di negara ini
dapat ditingkatkan lagi bagi mencapai matlamat FPK.
Rujukan
Slide pembentangan kumpulan 9
(Pengurusan alam pembelajaran) : https://drive.google.com/file/d/1CLFJ7QuM8UUl73W5KYaZxn3aEQXJ5cb5/view?usp=sharing
Nota kuliah KPS3014
http://anyflip.com/ibsfi/sylk/basic
No comments:
Post a Comment