Wednesday, December 8, 2021

TAJUK 1 - ORGANISASI DAN KEPIMPINAN

TAJUK 1 - ORGANISASI DAN KEPIMPINAN

Pendahuluan

Organisasi adalah kesatuan yang mempunyai bahagian-bahagian dan ahlinya dalam sesebuah pertubuhan, kumpulan serta perbadanan yang mempunyai tujuan-tujuan tertentu seperti kepentingan bersama dan sebagainya. Kepimpinan pula adalah proses seseorang individu mempengaruhi sekumpulan individu untuk mencapai matlamat yang sama. Organisasi dan kepimpinan di sekolah melibatkan pengetua, guru-guru penolong kanan, guru-guru dan murid.

Isi-isi penting

1. Kepimpinan autokratik

Antara gaya kepimpinan yang berlaku di sekolah adalah kepimpinan autokratik. Kepimpinan ini lebih mengutamakan kehendak orang atasan atau pemimpin dimana beliau mengutamakan kerja dan penyelesaian tugas yang telah beliau berikan. Kepimpinan autokratik boleh dikatakan sebagai hubungan satu hala sahaja kerana pemimpin jenis ini akan menggesa orang bawahannya untuk menyelesaikan tugasan mengikut arahan beliau tanpa mengambil kira pendapat orang lain. Jika perbincangan dilakukan, hanya pendapat beliau sahaja yang akan di ambil kira dan pendapat ahli-ahli yang lain selalunya tidak diendahkan. Namun begitu, hasil tugasannya adalah lebih teliti dan sempurna kerana sikap pemimpin yang tegas.

 

2. Kepimpinan demokratik

Selain itu, terdapat juga kepimpinan demokratik dimana jenis kepimpinan ini adalah lebih berkesan kerana ianya lebih bersifat terbuka. Kepimpinan ini bersifat dua hala dimana pemimpin akan turut mendengar pendapat orang lain. Apabila melakukan perbincangan, pemimpin akan mendengar idea serta pendapat ahli-ahli yang lain dan menerima setiap kritikan dengan hati yang terbuka. Kepimpinan jenis ini mempunyai hubungan yang mesra sesama ahli organisasi dan segala kelemahan juga dapat diperbaiki kerana mengambil kira pendapat pemimpin dan ahli yang lain.

 

3. Kepimpinan kontigensi

Seterusnya adalah kepimpinan kontigensi yang mana memusatkan perhatiannya terhadap hukum situasi. Kepimpinan ini mengamalkan gaya kepimpinan berdasarkan situasi dimana sesebuah situasi itu ditangani dengan gaya kepimpinan yang tersendiri. Gaya kepimpinan yang pelbagai mengikut kesesuaian situasi ini akan menjadikan kepimpinan lebih efektif.

 

4. Kepimpinan instruksional

Kepimpinan instruksional pula boleh diukur melalui pencapaian matlamat dan kesejahteraan anggota di dalam sesebuah organisasi. Salah satu ciri kepimpinan ini adalah pemimpin akan menyediakan sumber keperluan organisasi. Pemimpin akan memberi penekanan dalam memantau kerja yang dapat memperbaiki mutu kerja, sikap dan penyelesaian masalah.

 

5. Kepimpinan laissez-fairez

Akhir sekali adalah kepimpinan laissez-faire yang memberi kebebasan kepada anggota organisasi dan kurang unsur kawalan. Pemimpin akan membiarkan semua keputusan dibuat oleh orang bawahannya dan pemimpin ini hanya berperanan sebagai pemerhati. Gaya kepimpinan ini memberi peluang kepada individu untuk berfikiran lebih kreatif dan kritis. Gaya kepimpinan ini boleh diamalkan di sekolah tetapi tidak kepada semua guru dan staf.

 

Kesimpulan

Kesimpulannya, setiap organisasi itu memerlukan seorang pemimpin yang dapat memimpin ahli-ahli organisasinya dalam mencapai matlamat yang telah ditetapkan. Terdapat beberapa gaya kepimpinan yang berlaku sekolah iaitu autokratik, demokratik, kontigensi, instruksional dan laissez-faire. Setiap gaya kepimpinan ini akan memberikan pengaruh yang berbeza tidak kira sama ada hubungan antara pengetua dengan guru mahupun guru dengan murid. Gaya kepimpinan yang bersesuaian akan memberikan hasil yang terbaik dalam usaha pihak sekolah mencapai matlamat yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

Rujukan

Slide pembentangan kumpulan 4 (Organisasi dan kepimpinan): https://docs.google.com/presentation/d/10ECGMFWdqMYcCFqd0WUGXG5YGHnVZS2o/edit?usp=sharing&ouid=107076675368896751420&rtpof=true&sd=true

https://safiqahkahar98.blogspot.com/2019/04/topik-4-kepimpinan-dan-organisasi.html

https://www.slideshare.net/NurSyaqina/kepimpinan-dan-organisasi-bab-4


No comments:

Post a Comment